
Bagaimana dengan hari pertama anda bekerja sebelum ini? Adakah anda mengalami pengalaman yang menyeronokkan atau pun sebaliknya?
Bagi anda yang baru pertama kali akan mengalami atau belum pernah mempunyai pengalaman bekerja, ikuti tips yang disediakan ini.
๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ซ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐๐ฅ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐
1๏ธโฃ DIAM DAN TIDAK BERTANYA SOALAN
Jangan malu untuk mengambil nota dan bertanyakan soalan berkaitan dengan kerja anda sekiranya tidak tahu. Jangan takut untuk bertanyakan soalan kepada staf yang lebih tahu dan berpengalaman.
Lebih baik anda bertanyakan soalan daripada anda didapati melakukan kesalahan yang berulang. Jika anda dia, anda mungkin dianggap sombong dan anti sosial pula.
2๏ธโฃ SERBA TAHU
Sebelum anda hadir bekerja, pastikan anda ambil tahu cara bekerja atau cara syarikat tersebut beroperasi. Tetapi janganlah menunjukkan bahawa anda serba tahu tentang syarikat tersebut seolah-olah anda pekerja yang paling lama bekerja di syarikat tersebut. Jadilah orang yang merendah diri dan bertanya jika perlu.
3๏ธโฃ BAWA BEKAL
Pastinya rakan setugas akan mengajak anda untuk makan diluar pada waktu tengahari. Inilah masa yang paling sesuai untuk anda mengenali rakan setugas serta rakan yang lain.
Anda juga boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ketika makan bersama mereka. Jadi, jangan bawa bekal dari rumah jika anda ingin mengenali rakan-rakan setugas anda.
4๏ธโฃ MELEBIH-LEBIH
Bersemangat itu bagus. Tetapi anda tidak perlu terlalu bersemangat sehingga nampak melebih-lebih ketika bekerja. Ambil sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru.
5๏ธโฃ TIDAK TAHU BUDAYA KERJA SYARIKAT
Perhatikan cara kerja atau budaya kerja syarikat anda bekerja. Adakah para pekerja bekerja dalam keadaan yang sunyi dan tertekan? Adakah majikan akan datang awal pagi? Adakah mesyuarat dilakukan sebulan 2 kali? Adakah para pekerja memakai pakaian yang bersesuaian? Jadi, ambil tahu cara kerja dan budaya syarikat tersebut.
Jadi, sebagai seorang pekerja baru dan ini adalah hari pertama anda bekerja, ikuti tips yang dikongsikan ini. Anda perlu bersederhana di hari pertama bekerja dan sentiasa bersemangat. Tanya soalan mengenai tugasan anda sekiranya tidak tahu.
Diri anda begitu berharga. Mengapa resume anda tidak begitu jua? Belajar dengan kami buat resume di Locumnet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
