
Terdapat 9 kesalahan yang sering dilakukan oleh pemohon yang menyebabkan resume anda di tolak mentah-mentah oleh bakal majikan anda.
Apakah kesalahan tersebut ❓
1️⃣ Email
Selalu diingatkan kepada semua pencari kerja supaya membuat email yang lebih professional untuk memohon kerja terutamanya. Free sahaja untuk mencipta email terbaru. Mulai hari ini gantikan email zaman kanak-kanak anda dengan email yang lebih professional.
2️⃣ Cover Letter Panjang Berjela
Majikan tidak punya masa yang panjang untuk membaca surat permohonan anda. Cukup nyatakan anda ingin membuat permohonan kerja dan masukkan nama jawatan.
3️⃣ Tidak Berusaha
Ini bermaksud anda hanya menghantar email tanpa sebarang pengenalan, cover letter dan tiba-tiba majikan terima attachment. Jika anda seorang majikan, adakah anda akan terima pekerja sebegini ?
4️⃣ Spam Banyak Ke Dalam Email
Ada jenis calon yang spam email bakal majikan dengan menghantar attachment fail satu persatu. Anda boleh satukan fail anda dalam bentuk PDF atau hasilkan satu link untuk memudahkan majikan.
5️⃣ Fail Terlalu Berat
Jika saiz PDF atau fail anda terlalu berat, tolong compressorkan dulu fail tersebut.Tukar setting ke “All with link can view” sekiranya anda menggunakan google drive agar dapat dibuka dan dibaca oleh bakal majikan anda.
6️⃣ Tiada Portfolio
Ia sangat penting untuk menunjukkan anda boleh membuat kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Portfolio penting untuk anda yang memohon jawatan sebagai designer, grafik, rekaan fesyen dan sebagainya.
7️⃣ Terkeluar Tajuk
Mungkin masa di unversiti anda belajar tentang grafik, tetapi memohon kerja dalam bidang kejuruteraan. Nampak sangat terkeluar tajuk dan tidak sepadan.
8️⃣ Tiada Rujukan
Masukkan nama rujukan terutamanya anda yang lepasan graduan. Minta kebenaran pensyarah atau supervisor tempat anda praktikal untuk memasukkan nama mereka ke dalam resmue anda.
9️⃣ Kesalahan Tatabahasa
Mungkin kita akan rasa hal kecik je pun sampai nak kena reject. Nampak macam remeh tapi kalau satu dua kesalahan mungkin boleh diterima. Jika banyak ? Rajinkanlah diri untuk membaca semula resume yang telah anda siapakan. Check kesalahan tatabahsa. Ini bukan masanya ” Sorry, typo “.
Perbaiki semula kesilapan yang telah anda lakukan sebelum ini dan semoga anda akan berjaya mendapat kerja yang anda idamkan.
Baru nak mula locum? Tingkatkan ilmu anda dengan Locum Aspire
Jangan lupa alwati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing
