
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ โ
Semasa temuduga untuk ke sekolah kejururawatan, anda mungkin ditanya ” Mengapa anda ingin menjadi Jururawat ? “
Bersedia untuk menjawab persoalan ini kerana ia akan membantu anda untuk mengenalpasti alasan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini dan anda akan merasa lebih yakin untuk memberi jawapan kepada penemuduga.
Berikut adalah beberapa tips untuk menjawab soalan temuduga tersebut :
1๏ธโฃ Bersikap Neutral Dan Tenang
Elakkan memberi jawapan yang tidak sesuai dengan diri anda semata-mata untuk meyakinkan penemuduga. Renung semula nilai-nilai yang ada pada diri anda dan sebab yang membuatkan anda terdorong untuk menjadi seorang jururawat. Sekiranya anda tidak pasti, fikirkan jawapan untuk soalan berikut :
๐ Apakah perkara yang berkaitan dengan kejururawatan yang membuatkan anda rasa teruja, gembira atau puas ?
๐ Bagaimana kaitan kejururawatan dengan kemahiran, nilai atau motivasi anda ?
๐ Apa yang membuatkan anda berminat dalam bidang kejururawatan dalam bidang kerjaya ?
๐ Apakah yang anda ingin capai sebagai jururawat ?
2๏ธโฃ Berkongsi Kisah Peribadi
Kongsikan kisah peribadi anda iaitu tentang mengapa anda ingin menjadi jururawat. Secara tidak langsung ia memberikan satu pandangan yang unik buat penemuduga tentang diri anda.Ia juga membezakan anda dengan calon lain kerana setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Tidak kira apa alasan anda untuk menceburkan diri dalam bidang kejururawatan, soalan ini memberi anda pelung untuk mengenalpasti dan menyatakan faktor pendorong dalam kehidupan anda sendiri.
3๏ธโฃ Ceritakan Pengalaman Anda Sendiri
Terdapat banyak cara jika menggunakan latar belakang dan minat ketika menjawab soalan ini. Contohnya, mungkin anda mempunyai minat dari kecil untuk membantu golongan tertentu seperti warga emas atau kanak-kanak. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dengan golongan ini, ceritakan sahaja pengalaman anda. Gunakan pengalaman anda supaya penemuduga mendapat jawapan dan nilai yang mereka inginkan.
Dkt dalam Locumnet Academy ni, nk buat resume pun ada, jom la lihat
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
