TIPS MENYAMPAIKAN KEADAAN PESAKIT DENGAN LEBIH BAIK

10 CARA UNTUK MENYAMPAIKAN KEADAAN KESIHATAN KEPADA PESAKIT DENGAN LEBIH BAIK

“Cik puan, keputusan darah yang kami perolehi nampaknya tidak seperti yang kita jangkakan”

Itu adalah antara ungkapan yang amat sukar untuk dimulakan oleh pihak doktor ketika ingin menyampaikan berita yang agak kurang menyenangkan kepada pesakit. Ya, ini lebih melibatkan sesuatu yang boleh mengubah masa depan seseorang.

Namun, sebagai pengamal perubatan, kita sebenarnya tidak akan dapat lari daripada memberitahu keputusan dan maklumat berkaitan penyakit yang telah disahkan dihidapi oleh pesakit. Oleh itu, persediaan yang sesuai amatlah perlu dalam menghadapi situasi ini. Terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti:

1️⃣ PERSEDIAAN

Pastikan kita memahami setiap maklumat yang ada dengan rapi berkenaan latar belakang pesakit dan penyakit yang dialami. Keputusan yang berkaitan juga hendaklah tepat dan lengkap untuk diterangkan. Kita juga hendaklah memahami dengan siapa pesakit ingin ada bersama-sama ketika keputusan disampaikan

2️⃣ PENGETAHUAN

Pastikan setakat mana pesakit memahami keadaaan penyakit yang dihadapi setakat ini dan keputusan-keputusan yang telah diperolehi sebelum memulakan perbincangan dan memberi maklumat baru. Ini boleh dimulakan dengan bertanya kepada pesakit berkenaan dengan keadaan pesakit ketika mula mendapatkan rawatan dan sejauh mana pihak doktor sudah memberi maklumat berkenaan perkembangan penyakit yang dihadapi.

3️⃣ MAKLUMAT TAMBAHAN

Pihak doctor perlulah bertanya kepada pesakit terlebih dahulu setakat mana maklumat yang ingin didengari pada hari tersebut. Ini kerana ada pesakit yang belum bersedia untuk menerima segala maklumat sepenuhnya dalam satu masa

4️⃣ BERIKAN PETANDA

Pihak doktor juga hendaklah memberikan petanda kepada pesakit terlebih awal pada permulaan perbicaraan tetapi dalam nada dan fasa yang lebih perlahan dan kuanntiti yang sedikit. Kemudian, biarkan pesakit sendiri bertanya dengan lebih lanjut sebelum meneruskan penerangan yang seterusnya.

5️⃣ BERIKAN PENAFIAN

Biarkan pihak pesakit cuba untuk mengawal keadaan pada masa itu dengan nada penafian. Adalah sesuatu yang normal bagi pesakit memberikan reaksi tidak setuju apabila mendapat berita yang tidak diharapkan. Biarkan juga pesakit mengawal sejauh mana maklumat yang ingin diterima pada masa itu.

6️⃣ TERANGKAN LEBIH LANJUT

Jika dipohon atau dipersetujui oleh pesakit, pihak doktor boleh terus meneruskan penerangan secara beransur-ansur. Ada kalanya pesakit tidak dapat mengingati kesemua maklumat tetapi mereka akan senantiasa mengingati cara dan nada yang diberikan oleh pihak doctor ketika bercakap dengan mereka.

7️⃣ DENGAR DENGAN TELITI

Berikan ruang untuk pesakit menunjukkan reaksi termasuklah menangis mahupun merintih. Berikan tanda sokongan dengan diam seketika dan menghulurkan tisu atau kain mengelap tangisan. Kemudian berbicaralah kepada pesakit berkenaan perasaan dan perkara yang membimbangkannya pada masa itu.

8️⃣ SOKONG PERASAAN PESAKIT

Ini termasuklah dengan menyatakan kepada pesakit bahawa perkara yang baru sahaja disampaikan semestinya agak menyedihkan dan tidak salah untuk mereka menangis atau berasa sedih pada masa itu. Cuba bercakap dengan nada perlahan dengan pesakit tetapi masih dalam keadaan yang professional. Terus berikan sokongan kepada pesakit pada masa perbincangan dilakukan.

9️⃣ BERIKAN RUMUSAN DAN RANCANGAN RAWATAN

Pihak doktor hendaklah memberikan rumusan dan imbasan terhadap apa yang telah dibincangkan pada masa itu. Ini membolehkan segala salah fahaman berkenaan maklumat dapat diperjelaskan dengan baik. Huraikan kebimbangan yang wujud dan apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak doktor dan pihak pesakit dalam usaha memberikan rawatan yang terbaik.

🔟 BERIKAN SALURAN TAMBAHAN

Sebelum perbincangan berakhir, berikan saluran-saluran tambahan yang mana pesakit boleh hubungi untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *