
Bidang perubatan ni bukanlah bidang yang selorong saja tapi ada banyak cabang-cabangnya. Tapi kalau anda berminat untuk bekerja dalam bidang ni, mestilah anda dah tahu perkara ini, kan?
Apa? Tak tahu sangat pasal cabang-cabang perubatan dan laluan nak masuk ke bidang perubatan? Tak apa, jom baca artikel ini
Secara dasarnya, bidang perubatan boleh dibahagikan kepada beberapa disiplin utama dan setiap satu ini mempunyai fokus kepada bahagian-bahagian tertentu dalam perubatan.
1️⃣ Perubatan
Perubatan ialah salah satu cabang sains hayat yang berkaitan dengan penjagaan dan pengekalan kesihatan. Biasanya istilah perubatan banyak digunakan untuk perkara berkaitan dengan kedoktoran. Dalam disiplin perubatan, antara cabangnya adalah general medicine, renal medicine, emergency medicine, respiratory medicine, rehab medicine, oncology dan banyak lagi.
2️⃣ Patologi
Patologi adalah berkaitan dengan kajian penyakit yang melihat kepada perubahan struktur atau fungsi organ yang menyebabkan sesuatu penyakit. Kajian ini melibatkan analisis sampel cecair badan atau tisu di makmal patologi berdasarkan jenis ujian yang diperlukan. Ujian yang dijalankan adalah mengikut disiplin utama bidang patologi iaitu hematologi, patologi kimia, mikrobiologi dan patologi anatomik.
3️⃣ Wanita
Bidang perubatan yang melibatkan wanita adalah seperti general OB/GYN, obstetric, gynae oncology, fetal maternal dan banyak lagi. Bidang ini menumpukan kepada penyakit, rawatan dan kesihatan wanita memandangkan terdapat penyakit yang khusus kepada wanita seperti kanser payudara. Dua bahagian yang sering diberikan tumpuan adalah kelahiran melalui pembedahan yang melibatkan obstetrik dan ketumbuhan ovari yang melibatkan ginekologi.
4️⃣ Mental
Ahli psikiatri berbeza tau dengan ahli psikologi, jangan tersilap. Ahli psikiatri mempunyai ijazah perubatan manakala psikologi mempunyai ijazah peringkat doktor falsafah dalam bidang psikologi. Psikiatri merupakan salah satu daripada beberapa profesional dalam bidang kesihatan mental. Antara jenis psikiatri adalah ketagihan, dewasa, remaja dan kanak-kanak, forensik, geriatrik dan neuropsychiatrist.
5️⃣ Pembedahan
Pembedahan merupakan satu bidang rawatan perubatan yang melibatkan pemotongan tubuh badan untuk tujuan khusus. Pelbagai cabang kerjaya yang boleh diceburi melalui disiplin ini seperti podiatri, pergigian, ortodontik dan veterinar. Selain itu, pembedahan juga membawa kepada general surgery, ENT, ophthalmology, urology, neurosurgery, cardiothoracic surgery dan banyak lagi.
6️⃣ Kanak-kanak
Bidang perubatan yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak dalam julat umur bermula dari baru dilahirkan sehinggalah dalam 18 tahun dinamakan pediatrik. Bidang ini merangkumi pelbagai aspek perkembangan seperti psikologi, kecacatan dan penyakit yang melibatkan kanak-kanak. Antara laluan kerjaya yang anda boleh ceburi adalah general paediatric, community paediatric dan paediatric cardiologist.
Baru nak mula locum? Tingkatkan ilmu anda dengan Locum Aspire
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing
