
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ๏ธ
Kerja sebagai seorang jururawat bukan sesuatu perkara yang mudah, dari mata kasar kita dapat melihat mereka tersenyum lebar dan komited dalam menjalankan tugas namun disebaliknya mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Kerap kali ditengking, dimaki dan dimarahi pesakit namun mereka tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh rasa sabar bahkan ada sesetengah pihak suka memperlekehkan tugas mereka.
4 Cabaran menjadi seorang jururawat adalah :
1๏ธโฃ Bekerja lebih masa
Tugas kerja sebagai seorang jururawat adalah sesuatu kerja yang membosankan dan memerlukan kekuatan individu untuk sentiasa bersikap lemah lembut dengan pesakit.Ia amat meletihkan dan perlu mengendalikan tugas yang banyak untuk diselesaikan dalam masa yang singkat. Dari segi ubat-ubatan, menilai pesakit, kertas kerja dan merawat pesakit dengan teratur.
2๏ธโฃ Bersabar dengan kerenah pesakit
Mereka perlu menggals satu tanggungjawab besar dimana nyawa pesakit berada ditangan mereka. Itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah, namun masih ada yang berkata bahawa jururawat ini tidak melakukan tugas dengan baik. Mereka tidak fokuskan hanya pada satu pesakit sahaja tapi banyak sehingga kdang kala tidak cukup tangan untuk menjaga kebajikan semua pesakitnya.
3๏ธโฃ Menjaga hubungan baik dengan pesakit
Jururawat akan memberikan layanan terbaik untuk pesakit , dan mereka menganggap pesakit seperti ahli keluarga mereka sendiri. Segala kelperluan dan kehendak pesakit perlu diturutkan. Sekiranya berlaku sesutu kepada pesakit (sakit kronik atau meninggal dunia) mereka akan turut merasai kesedihan dan keperitan yang dialami oleh keluarga pesakit.
Namun ada sesetengah pihak akan menyalahkan mereka kerana tidak melakukan tugas dengan baik dan mengaggap kelalaian mereka adalah punca pesakit meninggal dunia.
4๏ธโฃ Sering dimaki pelawat
Seperti yang diperkatakan tadi, mereka tidak hanya memfokuskan kepada satu pesakit sahaja dan mungkin ada yang terlepas pandang rentetan dengan komitmen dan tugasan yang perlu diselesaikan. Mereka selalu menjadi bahan hinaan dan kutukan pelawat bahkan seringkali disalahkan walaupun ianya diluar bidang kuasanya sehingga kadang-kadang boleh menjejaskan prestasi kerja dan sumber pencarian rezeki akibat rungutan pelawat kepada pihak atasan.
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/
