
Pernah dengar tak dressar? Ataupun medical assisstant (MA)/Penolong Pegawai Perubatan? Hah, samalah semua tu. Kalau dekat kampung, MA ni dipanggil dressar. Walaupun nama MA ni banyak kali ditukar, tapi panggilan dressar lah yang paling diingati.
Apa yang membezakan nurse dan dressa adalah baju dan seluar nurse semua putih manakala baju MA putih tapi seluarnya hitam. Tempat kerja MA dan nurse pun berbeza. Nurse kebanyakkannya kerja di wad, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), tapi MA kebanyakannya kerja di Jabatan Kecemasan, dan Klinik Pesakit Luar(OPD).
Antara tugas-tugas MA adalah :
PERANAN PRIMER
1️⃣ Penjagaan Perubatan Primer
👉 Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan
👉 Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat
👉 Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan
👉 Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan dibawah seliaannya
👉 Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian
2️⃣ Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan
👉 Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujuk kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
👉 Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.
3️⃣ Pentadbiran
👉 Tugas-tugas penyeliaan kakitangan dibawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta ambulans.
👉 Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.
PERANAN KHUSUS
👉 Penjagaan khusus di Unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
👉 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.
Jadi, dah tahu kan sedikit sebanyak bidang tugas MA ni? Berbezakan bidang tugas MA dengan doktor dan nurse?Jadi, harap lepas ni tak ada yang keliru dah ya?
Ramai orang boleh buat resume, tapi tak ramai boleh buat resume yang menawan hati majikan. Jom kami tolong
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
