
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Anda mahu menjadi seorang doktor? Anda sedang membayangkan diri anda menghabiskan berjam-jam bercakap, meneliti, dan akhirnya menyembuhkan pesakit anda atau mungkin anda melihat diri anda melambai tongkat ajaib, memutus mantra kepada pesakit-pesakit anda untuk melegakan penyakit dan akhirnya, mengangkat keluarga anda keluar daripada daripada kelompok kemiskinan.
Walau bagaimanapun, realitinya adalah jauh berbeza daripada persepsi ini, walaupun hasrat untuk menjadi seorang doktor ini tersangatlah murni dan sepatutnya dipandang tinggi masyarakat!
1๏ธ. Anda akan mempunyai masa depan yang terjamin dan cerah.
โ๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ง๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ง๐๐ง๐ โ
Realiti Hari Ini : Hari ini, terdapat 32 sekolah perubatan di negara ini yang secara konsisten melahirkan kira-kira 5,000 graduan setahun, satu angka yang hanya akan meningkat dengan saban tahun. Jadi apakah yang akan berlaku? Akan terdapat lebih ramai graduan daripada jawatan yang ada di KKM, anda mungkin terpaksa menunggu dalam talian untuk menjamin tempat dalam perkhidmatan kerajaan.
2๏ธ. Anda akan cepat senang dan kaya macam Dr. Strange
โ๐๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ง๐ฒ๐ ๐๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐๐ข ๐ค๐๐ซ๐๐ญ๐ ๐ฆ๐๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ง ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐๐ฐ๐๐กโ
Seperti yang dinyatakan di atas, tidak ada jaminan kerja lagi dalam bidang perubatan.
Realiti Hari Ini : “Tapi gaji doktor pakar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan”. Ya, memang betul, dan ia juga mengambil mereka sekurang-kurangnya 10 tahun untuk capai tahap gaji tersebut. Anda patut mempertimbangkan juga kos pengajian tinggi bidang ini (mampu mencecah 300 000 ribu).
3๏ธ. Anda boleh menjalankan amalan perubatan di negara asing
“๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ฌ๐๐ฒ๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง๐ค๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐, ๐ฌ๐๐ฒ๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐๐ข ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐ข ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐-๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ฅ๐๐ข๐งโ
Realiti Hari Ini : Ini adalah gambaran yang kurang tepat. Bertentangan dengan kepercayaan popular, perubatan adalah bidang yang sangat pelik dan tidak boleh dikategorikan sebelah menyebelah dengan mana-mana profesion yang lain. Jika anda berniat untuk menjadi seorang doktor negara-negara lain, ijazah anda akan perlu diiktiraf terlebih dahulu oleh Majlis Perubatan negara tersebit.
4๏ธ. Membuka klinik swasta sendiri dengan mudah
โ๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ฆ๐๐๐๐ฆ ๐ญ๐ฎ, ๐ฌ๐๐ฒ๐ ๐ฃ๐๐๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ ๐ค๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐ฌ๐ฐ๐๐ฌ๐ญ๐ ๐ฌ๐๐ง๐๐ข๐ซ๐ข, ๐ฌ๐๐ง๐๐ง๐ ”
Memang tidak dapat dinafikan, membuka klinik swasta pernah menjadi perniagaan yang menguntungkan bagi doktor, tetapi semasa tahun 70-an sehingga lewat tahun 90an dululah.
Realiti Hari Ini : Memiliki sekadar MBBS (Sarjana Muda Perubatan / Pembedahan) tidak lagi menjadi utama untuk graduan perubatan membuka klinik swasta idaman mereka. Hari-hari ini, Malaysia sedang bergerak ke arah trend di mana pesakit menuntut doktor-doktor klinik swasta mepunyai pengiktirafan doktor pakar. Apa pendapat graduan perubatan?
5๏ธ. Boleh pencen awal
โ๐๐๐ซ๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ง ๐ฌ๐๐๐ฐ๐๐ฅ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐๐ ๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ง, ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐๐ฐ๐๐ก ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐-๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐.โ
Realiti hari ini : Anda mungkin mendengar doktor yang terpaksa berkerja sehingga 14 jam sehari! Kebanyakan doktor akan terpaksa bekerja untuk sebahagian besar daripada kehidupan mereka. Sebagai seorang doktor di sebuah klinik swasta juga tidak kurangnya.
