
Dalam apa pun profession yang perlu berurusan dengan orang ramai, tidak dapat dielakkan bahawa seseorang itu perlu bekerja dengan pelbagai ragam manusia. Fakta ini adalah benar terutamanya bagi sesiapa sahaja dalam industri perubatan. Terutamanya bagi seorang jururawat yang sentiasa berhadapan dengan pesakit yang mungkin bermasalah dan cepat melatah kerana tidak boleh menerima situasi yang mereka hadapi.
Dimasukkan ke hospital atau memerlukan penjagaan yang tidak dijangka adalah menakutkan, dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai tindak balas emosi yang berlebihan terhadap situasi. Selain itu, penyakit dan ubat-ubatan boleh mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kekeliruan atau kebimbangan, dan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ini semua adalah sebahagian daripada kerja dan tanggungjawab yang perlu seorang jururawat hadapi sepanjang kerjaya mereka.
Antara panduan ringkas untuk membantu anda menghahapi situasi yang sukar dengan pesakit :
1. Jangan ambil secara peribadi
Pertama sekali, anda akan sentiasa lebih mudah untuk menangani pesakit yang sukar jika anda mengingati bahawa ia bukan tentang anda. Pesakit yang marah atau melatah hanyalah bertindak balas terhadap keadaan, dan bukan kepada anda sebagai individu. Ingatkan diri anda bahawa mereka berada dalam situasi yang tidak selesa dan mungkin menakutkan, dan anda berada di sana untuk membantu mereka. Tetap tenang, tenang, dan teruskan kerja anda sebaik mungkin.
2. Tetapkan sempadan
Walaupun anda mengutamakan keselesaan pesakit anda, adalah penting anda menolak sebarang penderaan yang datang daripada pesakit dan meminta mereka bertanggungjawab untuk sebarang kelakuan sedemikian. Pesakit mungkin memanggil anda berulang kali dengan kata-kata kotor atau kelantangan yang agresif. Jika perlu, anda boleh memilih untuk berundur seketika, memberi mereka ruang untuk bertenang, dan memberitahu yang merka tidak boleh melakukan hal yang sedemikian.
3. Sentiasa bertenang
Sentiasa kekalkan wajah profesional anda, dan jangan sesekali bertindak di luar kawalan terhadap pesakit walaupun anda sedang dalam situasi yang sangat sukar. Anda perlu pandai mengawal keadaan, sentiasa bertenang dan menangani keperluan pesakit dengan lebih berkesan, dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.
4. Kekalkan empati
Menunjukkan keperihatinan terhadap pesakit adalah salah satu cara paling cepat untuk menenangkan orang yang sedang dalam kesakitan. Terutama jika mereka telah dimasukkan ke hospital, mereka mungkin berasa tidak berdaya dan tidak terkawal. Letakkan diri anda di tempat mereka, dan tunjukkan bahawa anda memahami perasaan mereka dengan mendengar mereka dengan sabar dan dengan penuh rasa hormat.
5. Cari dan kenal pasti puncanya
Ada kemungkinan bahawa tingkah laku pesakit mempunyai punca asas yang mungkin memerlukan atau hasil daripada rawatan. Ubat-ubatan, penyakit tertentu, dan penderitaan psikologi semuanya boleh menyumbang kepada sikap tidak menyenangkan pesakit. Sebagai contoh, jika pesakit mengalami kerengsaan sebagai kesan sampingan ubat yang mereka terima, anda mungkin boleh meletakkannya pada dos yang lebih rendah untuk mengurangkan gejala emosi.
6. Perhatikan bahasa badan anda
Adalah sukar untuk mengekalkan postur dan ekspresi muka kita dalam keadaan tegang walaupun kitasudah melakukan yang terbaik untuk bertenang dan mengekalkan nada yang menyenangkan. Jika muka, badan dan suara anda semua bercakap perkara yang berbeza, pesakit menjadi sukar untuk mempercayai anda dan mereka akan kurang mendengar.
7. Meminta bantuan
Jika anda percaya bahawa anda telah melakukan semua yang anda boleh tetapi tidak berjaya, anda boleh meminta bantuan daripada rakan sekerja. Andajuga manusia biasa. Kejururawatan adalah profesion yang membebankan emosi. Walaupun anda akan telah di ajar dengan teknik menenangkan diri dan mengatasinya namun anda perlu berehat dan menjauhkan diri anda seketika jika perlu. Sentiasa ingat untuk menjaga diri anda, serta pesakit anda
