
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjadi ahli medik bukan ? Bidang perubatan merupakan bidang yang sangat dipandang mulia kerana dapat membantu -pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan dari mereka yang mengetahui mengenai bidang perubatan ini.
Banyak kelebihan yang anda akan dapati jika anda memilih melebarkan sayap dalam bidang perubatan. Anda bukan hanya dapat beruniform seorang doktor atau nurse sahaja. Banyak lagi kelebihan lain yang akan anda perolehi, antaranya ialah :
1. Pertumbuhan Positif
Bersesuaian dengan pertambahan populasi penduduk dan juga peringkat umur yang kian meningkat dan memerlukan lebih banyak perkhidmatan perubatan, hospital, doktor, rumah jagaan kejururawatan dan kemudahan lain yang akan merekrut pekerja secara aktif.
2. Peluang Mendapat Gaji Yang Lumayan Dan Manfaat Sampingan
Seperti kita tahu, bidang perubatan ini bukanlah satu bidang yang mudah untuk diceburi oleh itu gaji yang dibayar juga setimpal dengan tahap kepakaran anda dalam bidang perubatan nanti.
Semakin banyak pengalaman, kemahiran dan latihan anda, semakin banyaklah gaji yang akan dibayar. Selain itu, anda juga akan mendapat manfaat sampingan yang lebih baik berbanding bidang pekerjaan yang lain.
3. Peluang Untuk Bekerja Di Luar Negara
Kepakaran seseorang dalam bidang perubatan sangat diperlukan di seluruh negara kerana bidang perubatan tidak mempunyai had atau batasan dan kepakaran anda tidak hanya diperlukan di negara anda sahaja.
Kepakaran dalam bidang perubatan mempunyai permintaan yang sangat tinggi di serata dunia. Jika anda berhasrat untuk bekerja sambil melancong,bidang perubatan lah yang bersesuain dengan anda. Bukan sahaja dapat melancong tapi juga dapat merawat pesakit.
4. Banyak Peluang Pekerjaan Berlainan
Terdapat banyak skop pekerjaan yang disediakan dalam bidang perubatan yang anda boleh pilih. Anda boleh memilih skop perubatan yang anda ingin ceburi dan jika tiba-tiba ianya tidak kena dengan jiwa anda, anda boleh sahaja memilih skop lain yang berkaitan dengan perubatan.
Kebiasaannya hospital akan menawarkan pekerja mereka menjalani latihan memasuki bidang lain untuk membantu anda mendapatkan pengalaman dan mencuba benda baharu.
5. Dapat Membantu Orang
Pekerjaan dalam bidang perubatan merupakan pekerjaan yang sangat mulia kerana setiap hari anda akan membantu pesakit yang mungkin sedang bertarung nyawa dan memerlukan bantuan daripada kepakaran anda.
Jika doktor menjadi pilihan anda, pilihlah untuk meneruskannya kerana ia merupakan pekerjaan yang paling untung di dunia dan anda berada di kebun syurga. Setiap hari, 140,000 malaikat akan mendoakan anda yang membantu peskit.
