KENALI KERJAYA SEORANG NURSE

ANDA NAK JADI SEORANG JURURAWAT ?
JOM KENALI KERJAYA JURURAWAT

Jururawat memikul tanggungjawab untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pesakit dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah itu. Contohnya sekiranya pesakit menghidap TUMOR, salah satu masalah yang mungkin dihadapinya ialah kekurangan makanan kerana loya dan muntah. Maka jururawat perlu mengenal pasti masalah ini dan kemudiannya dia merancang rawatan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut.

Dalam perancangannya, jururawat perlu menumpukan perhatian kepada proses kejururawatan dan gerak balas pesakit sendiri terhadap masalahnya. Rawatan yang dirancang mestilah lengkap dan merangkumi semua aspek kesihatan (mental, fizikal dan sosial).

DEFINISI JURURAWAT

Definisi jururawat mengikut Kamus Dewan dalam edisi ketiga bermaksud orang yang merawat orang sakit di Hospital. Kebanyakannya terdiri daripada golongan perempuan. Manakala, kejururawatan pula bermaksud hal yang berkaitan dengan pekerjaan, tugas, urusan dan sebagainya.

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan dalam Edisi Ekonomi, jururawat bermaksud bidan bagi orang bersalin, perawat, pembela orang sakit dan suster. Namun, terdapat perbezaan dalam Kamus Karisma dalam mendefinisikan perkataan jururawat.

Dalam kamus ini, jururawat bermaksud orang yang membantu doktor bagi merawat orang sakit di Hospital. Selain itu, definisi jururawat mengikut Kamus Pelajar Delta pula bermaksud orang yang bertugas merawat pesakit di hospital.

Bidang kejururawatan ini luas dan dapat dibahagikan kepada empat bidang asas seperti yang diamalkan di negara ini, meliputi:

1. Jururawat kesihatan
2. Jururawat perubatan
3. Jururawat masyarakat
4. Jururawat akademik

Bidang jururawat ini menawarkan banyak pekerjaan, contoh adalah seperti di tempat-tempat berikut:

– Klinik – klinik kesihatan Kerajaan
– Hospital- hospital kerajaan
– Pusat-pusat / hospital perubatan swasta
– Klinik – Klinik kesihatan swasta
– Institut Perubataan
– Kelab Sukan Profesional / Negara / Negeri / Swasta

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *