
Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit.
Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis).
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
– Berminat dengan profesion ini
– Sentiasa membantu pesakit
– Menguasai bidang sains dan matematik
– Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
– Tidak takut dengan darah
– Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan
– Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
– Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik
Skop bidang kerjaya Doktor Perubatan
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tandayang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikaluntuk menentukan jenis penyakit dengan betul.
Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Keterangan Tugas
1. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit
2.Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis
3. Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis
4. Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan ataukecederaan yang tertentu
5. Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan
6. Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturankesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum
7. Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain
8. Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;Menyelia pekerja lain
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/
