APAKAH TUGAS SEORANG PAKAR PEDIATRIK ?

๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š โ“

Pakar pediatrik adalah doktor pakar kanak kanak yang akan menguruskan segala hal atau isu yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Mereka ini telah dilatih untuk mendiagnosis dan merawat kanak-kanak jika berlaku sebarang masalah tidak kira sekecil atau sebesar mana sekalipun.

Pakar pediatrik telah menjalani kursus perubatan berkaitan kesihatan kanak-kanak selama bertahun-tahun di sekolah perubatan.

Selain itu, mereka juga pasti telah diiktiraf oleh kementerian atau persatuan kesihatan sesebuah negara sebelum boleh bergelar seorang doktor pakar kanak-kanak.

Ini merupakan contoh tugas-tugas seorang pakar pediatrik :

โœ… Membuat pemeriksaan fizikal kanak-kanak
โœ… Memeriksa pertumbuhan, kelakuan dan skil kanak-kanak
โœ… Memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak
โœ… Mendiagnosis dan merawat sakit, infeksi, nutrisi, kecederaan dan pelbagai lagi masalah kesihatan kanak-kanak
โœ… Memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai perkembangan kesihatan, keselamatan, nutrisi serta keperluan kecergasan kanak-kanak
โœ… Menjawab setiap soalan berkaitan dengan tumbesaran kanak-kanak.
โœ… Merujuk ibu bapa kepada pakar jika mereka beranggapan kanak-kanak memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada pakar

Meskipun seorang pakar pediatrik sebenarnya adalah pakar dalam setiap isu kesihatan dan kelakuan kanak-kanak secara umumnya, mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan masing-masing.

Dalam bidang mereka, terdapat banyak kategori pakar pediatrik dan ini semua bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka, seperti:

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Kardiologi
Pakar berkaitan dengan jantung kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Gastroenterologi
Pakar berkaitan dengan sistem pencernaan kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Endokrinologi
Pakar berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan berkenaan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Nefrologi
Pakar berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Pulmonologi, antara bidang doktor pakar kanak kanak
Pakar berkaitan dengan paru-paru dan sistem pernafasan kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Rheumatologi
Pakar berkaitan dengan sistem autoimun dan imunisasi dalam tubuh badan kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Hermatologi-Onkologi
Pakar berkaitan dengan sistem darah kanak-kanak.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Neonatal-Perinatal
Pakar menjaga dan merawat bayi pramatang dan bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Penjagaan Kritikal, salah satu bidang doktor pakar kanak kanak
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak kritikal atau tidak stabil akibat penyakit dan kecederaan.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Kecemasan
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak berada di ruang kecemasan.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Penyakit Berjangkit
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak menghidapi penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria, virus, kuman, parasit dan lain-lain jangkitan.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Hospital, doktor pakar kanak kanak
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam hospital.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Penderaan Kanak-kanak
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan tidak kira mental atau fizikal.

๐Ÿ‘‰ Pediatrik Kelakuan Kanak-kanak
Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelakuan, termasuklah masalah pembelajaran, pemakanan dan ketidakupayaan semula jadi seperti autisme dan cerebral palsy.

Ya, memang agak kompleks, bukan? Namun begitulah hakikatnya kategori-kategori seorang pakar pediatrik.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *