KATA GRADUAN PERUBATAN RAMAI, TAPI KENAPA ASYIK TAK CUKUP SAJA !

Tahukah anda, sebenarnya, Malaysia telah menghasilkan begitu ramai graduan kesihatan. Dan paling penting, graduan ini antara yang berkualiti di peringkat dunia, macam world standard la.

Yang paling best, kita sampai terpaksa hentikan penghasilan ini bagi sesetengah cabang. Dah cukup ke staf kesihatan ni? Jawapan nya belum lagi.

Dengan purata masyarakat yang semakin tua dan penyakit kronik seperti kencing manis berlaku lebih awal, beban kesihatan semakin parah. Maka kita perlukan lebih ramai staf kesihatan ini.

Tapi, hasil dah banyak. Tak cukup-cukup lagi. Kenapa?

๐Š๐ž๐ง๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ƒ๐ข ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐’๐ฉ๐ž๐ฌ๐ข๐Ÿ๐ข๐ค

๐Ÿ‘‰ Staf kesihatan kebanyakannya tidak boleh bekerja di tempat lain, melainkan tempat latihan tertentu untuk menjadikan lesen mereka menjadi penuh. Ala, univesiti macam lesen L, kena ambil P dulu. Lepas lulus P baru dapat lesen penuh.
๐Ÿ‘‰ Disebabkan tempat-tempat ini selalu penuh, maka kita sukar nak terima kemasukan baharu. Oleh itu, berlakulah lambakan graduan.

๐’๐ญ๐š๐Ÿ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง

๐Ÿ‘‰Bukan sebab tak penting, tetapi pengalaman sangat dihargai dalam industri kesihatan ini.
๐Ÿ‘‰ Cuba bayangkan, anda ingin dibedah oleh orang yang menghasilkan pelbagai buku perubatan atau orang yang berjaya bedah ramai orang? Mesti yang ramai orang kn?
๐Ÿ‘‰ Kerana, banyak bidang dalam perubatan ini perlukan โ€˜intuitionโ€™ berbanding ilmu semata-mata
๐Ÿ‘‰ Disebabkan ini, selepas tamat pengajian, mereka harus bekerja dahulu. Sangat jarang kita akan lihat mereka sambung master dan PHD terus. Tetapi bidang lain ramai.
๐Ÿ‘‰ Nak ubah bab ni, secara peribadi saya sangat tidak setuju.

๐๐ซ๐š๐ข๐ง ๐ƒ๐ซ๐š๐ข๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข-๐ฃ๐š๐๐ข

๐Ÿ‘‰ Bab ni ada dua, internal dan external
๐Ÿ‘‰ External ni biasa yang pergi ke luar negara. Gaji lebih besar, bilangan pesakit yang kurang dan mungkin kualiti hidup yang lebih baik antara tarikan yang besar.
๐Ÿ‘‰ Tak dinafikan, ada yang memang mencari ilmu agar boleh pulang membantu negara. Geng ni, memang power.
๐Ÿ‘‰ Internal. Ramai juga yang keluar dari ruang lingkup kesihatan menjadi pengusaha, politik dan sebagainya. Ada juga yang terpaksa keluar demi keluarga, sebab nak jaga anak mahupun ibu ayah.
๐Ÿ‘‰ Mereka kadang kala masuk sekali sekala sebagai perawat kesihatan, namun tidak sama seperti mereka yang bekerja secara full time. Maka secara kesuluruhan berlaku brain drain disini.

kesimpulan nya, ada 2 masalah utama. 

Pertama: bottle neck semasa kemasukan untuk latihan dan 

Kedua: Aliran keluar yang deras

Hasilnya, yang tinggal itu sangatlah sedikit. Ini tidak termasuk kesan mental yang begitu tertekan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *