KENAPA RAMAI ANGGOTA KESIHATAN TAK BERMINAT KERJA DI MALAYSIA ?

Saya berpendapat keadaan tertekan lebih mendorong manusia untuk bertindak, berbanding rasa mempunyai peluang.

Oleh itu, berbanding cerita peluang, saya nak cerita tentang tekanan

1. Tekanan dari hutang

Untuk menjadi perawat kesihatan, kos sahaja sudah 2-3 kali ganda dari jurusan yang biasa. Dengan tempoh pembayaran yang hampir sama dengan graduan lain, maka bayaran bulanan lebih tinggi.

Dengan kenaikan kos sara hidup dan keperluan mendapat kan bantuan tambahan seperti pengasuh luar waktu kerja dan sebagainya, ramai yang merungut kerana tidak cukup apabila dihujung bulan.

Sudah semestinya, apabila ada tawaran yang lebih lumayan, mereka akan pergi ke tawaran tersebut untuk menyelesaikan masalah kewangan ini

2. Tekanan tempat kerja

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai tempat latihan perubatan ala-ala sedikit ketenteraan dari pelbagai sudut. Oleh kerana itu, kebanyakan yang lepas boleh kita tabik seperti komando, hati kena kental.

Tapi, kadang kala, tekanan ini sentiasa berterusan walaupun dipangkat general menyebabkan mereka mencari budaya kerja yang lebih menerima. Atau setidak2 nya setimpal dengan maki hamun yang diterima.

3. Tekanan masa depan tidak menentu

Ramai orang yang saya kenali begitu suka kan kestabilan. Stabil amat lah penting bagi sesetengah golongan. Namun selepas kerajaan mencabut imbuhan pencen dan penjawatan tetap, ramai terpaksa keluar mencari pilihan yang lebih baik. 

Lawan kepada kestabilan ini adalah gaji yang tinggi. Jika gaji tinggi, tidak mengapa kurang stabil (secure). Tetapi, jika stabil (pencen dan tetap), maka adalah wajar gaji rendah.

Mengapa? Cuba anda kirakan, berapakah gaji anda perlukan untuk memenuhi RM 1 juta pada umur 55 tahun? Nak tahu, kena jumpalah.

Sememangnya saya sendiri dapat rasakan dan lihat tekanan-tekanan ini berlaku pada rakan dan diri sendiri. Tidak dinafikan, peluang diluar begitu lumayan dan mengiurkan, tapi saya tidak rasa ramai yang tamak. Cuma, apabila mereka ditekan, kehidupan mereka tidak terkawal, mereka terpaksa.

Ada kalanya, jalan tengah-tengah bukan penyelesaiannya. Kita harus memilih sesuatu dan menjayakannya.

Pendapat peribadi,

Dr Fakhri


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *