
Minimum anda perlu BERSEDIA sekitar 6 bulan sebelum tamat kontrak. Kenapa? Kerana proses pertukaran dan pencarian tempat kerja bukan lah singkat. Antaranya:
- Resume
Anda perlu mempunyai resume yang baik dan berimpak tinggi. Bukan hanya sekadar membina resume. Pastikan resume bekerja untuk anda, bukan sebaliknya.
. - Pelbagai Interview
Anda akan lalui pelbagai interview, ada sesetengah perusahaan sehingga 2-3 kali proses interview mereka. Maka, anda perlukan masa untuk mengatur jadual sedemikian.
. - Logistik
Perpindahan, walaupun dalam negeri yang sama amat lah memenatkan dan mengambil masa. Apatah lagi jika yang jauh. Anda harus mengemas tempat kerja anda dan yang lebih rumit kediaman anda. Ada yang terpaksa menyusun aturan perjalanan baharu seperti kenderaan dan tol.
. - Keluarga
Bagi mereka yang berkeluarga, perubahan seperti ini memerlukan perancangan rapi. Pengasuh anak, jadual pemakanan keluarga dan sebagainya. Perubahan waktu kerja sahaja mampu memeningkan kepala, apatah lagi tempat kerja.
.
Oleh itu, jangan berlengah. Banyak perkara yang anda perlu uruskan. Maksimum 6 bulan, tetapi lebih awal, lebih baik.
Ke arah Malaysia, destinasi pilihan perawat kesihatan kita.
Dr Fakhri
