
Ramai yang bising mengatakan Malaysia ini tiada peluang untuk majukan karier. Saya faham ia datang dari mana. Namun saya berpendapat, peluang di Malaysia masih banyak lagi.
Kenapa? Sebab kami mempunyai data-data nya. Apa yang anda mahukan, kami boleh tunjukkan. Isunya, ramai ingin kan ‘sponsor’ atau bahasa mudah percuma.
.
Yang ingin jadi pakar, tahukah kalian, anda masih boleh menyambung kepakaran anda. Jika anda inginkan sponsor, banyak sahaja hospital swasta tawarkan pinjaman boleh ubah dan kontrak bekerja dengan mereka.
.
Atau, terlalu banyak pinjaman yang disediakan oleh agensi bank dan kerajaan. Tapi pinjam lah, bukan pemberian percuma.
.
Dan ada sesetengah bidang, kepakaran boleh diambil melalui certifications.
.
Bagi yang ingin mendalami ilmu lain, pilihan anda jauh lebih banyak. Dan ada juga mereka yang sanggup sponsor percuma.
.
Jadi apa yang kita cari ada di Malaysia. Berbekalkan minat yang mendalam, mentor yang baik dan cubaan berkali-kali tanpa putus asa, insyaAllah tercapai impian anda.
.
Disebabkan tahun ni misi kami nak menjadikan Malaysia destinasi perawat kesihatan kita, sesiapa yang ada masalah, boleh hubungi whatsapp kami. Kami boleh tunjuk-tunjukkan.
.
Dr Fakhri
