‘KEPAKARAN’ SATU KATA YANG SUDAH LARI DARI NIAT ASALNYA

Ramai yang saya lihat, menyalahgunakan perkataan ini. Daripada dewan bahasa, pakar bermaksud ahli (mahir, pandai sekali) dalam sesuatu ilmu.
.
Perhatian harus diberikan kepada ‘sesuatu’ disini. Ia khusus pada sesuatu bidang.
.
Contoh, pakar sakit puan, ahli dalam sakit puan; bukan pakar sakit tulang. Ini contoh asas dalam isu pakar ini.
.
Soalan timbul bila, adakah orang lain yang tidak dapat pakar (NSR) itu bukan pakar? Contoh extreme, ada seorang doktor ini beliau selalu dan sudah lama berkhidmat dalam pengendalian data pesakit-pesakit. Adakah beliau bukan pakar?
.
Berpandukan DBP, pendapat saya mereka adalah pakar. Malah pakar-pakar ini juga wajar dihormati dan disanjungi. Malah pendapat mereka perlu diambil kira dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan data pesakit.
.
Jadi kenapa ramai nak jadi pakar? Bagus lah kan, bidangnya luas. Pastikan anda suka akan bidang tersebut.
.
Kerana, jika anda kejar ‘title’ pakar yang ada dalam senarai NSR, itu lah yang ramai sangkut. Kenapa anda kejar yang itu kalau itu bukan minat anda?
.
Macam pangkat dato’. Ada yang kejar kerana nak pangkat, dan ada yang memang layak dianugerahkan tersebut.
.
Siapa yang tak setuju tu, anda boleh google, banyak je kepakaran ada di luar negara, tapi tiada di Malaysia sebab tak diiktiraf lagi. Yang terkesan adalah rakyat.

Kejarlah minat anda, bermanfaat pada manusia. InsyaAllah anda akan berjaya.

Dr Fakhri


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *