RAMAI FIKIR NAK BERHENTI KERJA, TAK PUAS HATI DENGAN SISTEM KESIHATAN AWAM

Satu kajian mendedahkan sistem penjagaan kesihatan negara berada di ambang krisis apabila petugas sektor itu melahirkan rasa tidak puas hati dengan situasi semasa tempat kerja mereka.

Tujuh daripada sepuluh kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mahu berhenti kerja dengan 95 peratus daripada keseluruhan 1,652 responden dalam tinjauan sebuah laman web berita kesihatan, percaya bahawa sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia kini berada dalam ‘krisis’.

Dalam tinjauan tersebut, kumpulan profesional dalam sektor kesihatan kerajaan di seluruh negara melaporkan tahap kemarahan dan ketidakpuasan hati yang tinggi terhadap sistem penjagaan kesihatan awam.

Berdasarkan maklumat daripada kumpulan Hartal Ahli Farmasi kontrak, kakitangan sektor farmasi di bawah KKM terpaksa berdepan situasi kekurangan staf yang kritikal sehingga mengalami keletihan melampau.

Baru-baru ini, daripada tujuh kakitangan, tiga kakitangan sebuah farmasi berhenti serentak. Sebabnya, ketiga-tiga mereka ini jawatannya kontrak dan langsung tidak ditawarkan ke jawatan tetap, jadi mereka berhenti pergi ke tempat lain. Kesannya, empat kakitangan yang tinggal itu terpaksa bertugas untuk menampung bebanan yang sepatutnya digalas tujuh pegawai farmasi.

Secara keseluruhan, lebih daripada 1,400 profesional penjagaan kesihatan kerajaan sama ada bersedia atau tidak pasti tentang berhenti kerja. Hanya 14 peratus menentang tindakan industri.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *