“Best ke jadi doktor?”
.
Mesti anda selalu dapat soalan cepu emas ni kan ?🤣
.
Mestilah best kan sebab gaji doktor tinggi, kerja pun goyang kaki je, dan satu lagi bila jadi doktor ni, orang pandang tinggi.
.
Tapi tu yang orang nampak la kan, hakikatnya kita je yang tahu macam mana rasanya.
.
Memang la tak dinafikan gaji doktor agak tinggi, tapi adakalanya kita nak ke tandas pun terkejar-kejar, nak makan minum lagi lah tak sempat. Sebab apa ? Kesian kat pesakit yang menunggu sejak pagi nak dapatkan rawatan dekat hospital.
.
Kita ni pandai menasihatkan pesakit agar menjaga pemakanan sedangkan kita sendiri tidak terjaga makan dan minu kerana terlalu sibuk menguruskan pesakit serta menyiapkan tugasan yang lain.
.
Kadang tu sekadar makan biskut untuk menghilangkan rasa lapar. Begitulah pengorbanan seorang doktor yang mungkin tidak semua orang tahu.
.
Memang betul niat utama jadi doktor sebab nak bantu orang lain, tapi adakala sampai tiada masa untuk diri sendiri.
.
Tak kan nak berhenti kerja ? Sayanglah belajar dah bertahun-tahun, lepas tu nak tinggalkan macam tu je ?
.
Sebab itulah kerja locum memberi anda kestabilan kerja dan kehidupan. Anda masih boleh bekerja dalam bidang yang anda ambil, dan dalam masa yang sama masih ada masa untuk diri sendiri dan kehidupan anda!
