TERINGIN BUKA KLINIK SENDIRI SEBAB TIADA MASA BERSAMA KELUARGA ?

Bila dah bergelar seorang doktor ni baru tahu sebenarnya bukan mudah untuk melalui kerjaya sebagai doktor kan, walaupun inilah impian anda sejak dari bangku sekolah lagi.
.
Masa dengan keluarga sangat-sangatlah sedikit, kadang kala ada beberapa jam je untuk bersama anak-anak dan keluarga dirumah ๐Ÿ˜Œ
.
Kadang kala waktu tidur pun tak cukup, yeala tengah tidur pun nak kena berjaga-jaga sabab “ON-CALL”. Adakala rasa macam tertekan kan ?
.
Pasangan pun kadang-kadang mengeluh, sebab semua kerja rumah terabai.anak-anak pun membesar tanpa kasih sayang dari anda. Nampak remeh je kan, tapi lama-lama boleh memberi impak dalam sesebuah rumah tangga.
.
Tapi zaman sekarang ni, kalau sorang je kerja memang tak cukup la jawabnya nak menampung semua keperluan. Nak tak nak, kena kerja juga.
.
Pernah tak anda terfikir rasa nak berhenti kerja dan nak buka klinik sendiri sebab anda perlukan masa bersama keluarga ?
.
Tapi nak buka klinik sendiri bukan semudah yang difikirkan,ia memerlukan modal yang banyak. Duit simpanan yang ada sekarang masih belum cukup.
.
Mana nak cari modal nak buka klinik sendiri ? Mungkin sekarang anda perlu korbankan masa yang ada untuk membuat kerja locum, bagi mengumpul modal yang belum mencukupi.
.
Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Bila dan ada klinik sendiri, anda boleh menjadi bos untuk diri sendiri, dan pada masa itu, anda boleh ambil berapa lama pun masa untuk dihabiskan bersama keluarga anda.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *