
Gaji terlalu rendah dan tiada peluang berbaloi untuk idoktor pakar menceburi bidang profesional tempatan, menjadi punca mereka membuat keputusan menyeberangi sempadan Malaysia untuk bekerja di luar negara.
Salah satu punca adalah kerana kerenah birokrasi yang tidak menghargai golongan itu sehingga seolah-olah menjadi bebanan kepada negara, menyebabkan mereka ‘lari’.
Perkara itu mengakibatkan kerugian kepada negara memandangkan golongan doktor pakar adalah aset paling bernilai buat Malaysia kerana pengalaman dan pandangan mereka mampu merancakkan pembangunan industri perubatan tempatan.
Mereka sebenarnya pasti akan balik dan suka mahu menyumbang kepada tanah air sendiri berbanding negara luar, namun gaji (di Malaysia) tidak setimpal dengan pengalaman serta kepakaran. Kita kena hargai mereka dengan memberi gaji yang lebih setrimpal dengan kelayakan mereka.
Dengan itu, mereka akan merasa lebih selesa sedikit di Malaysia dan mampu membeli rumah setaraf dengan kedudukan mereka. Dengan gaji dan keselesaan diterima, mereka boleh menyumbang serta fokus dengan kerja mereka.
