GAJI DOKTOR TIDAK SETIMPAL DENGAN TUGAS

Bila besar nanti, awak nak jadi apa ?
.
“π’π€π˜π€ ππ€πŠ π‰π€πƒπˆ πƒπŽπŠπ“πŽπ‘”
.
Ibu bapa pasti tersenyum lebar dan bangga dengan jawapan itu. Ini kerana kerjaya sebagai doktor adalah sangat dihormati dalam sesebuah masyarakat.
.
Tapi apa yang kita perlu tahu, menjelang 2020, bidang kedoktoran mungkin tidak lagi menjadi igauan ibu bapa atau ramai anak muda memandangkan tugas dipikul semakin tidak setimpal dengan gaji diterima.
.
Tugas seorang doktor bukan sahaja berusaha merawat pesakit, malah jasanya mampu β€˜menyelamatkan’ nyawa. Mereka sangat diperlukan bagi memastikan masyarakat hidup sihat. Sesebuah negara tidak akan sejahtera jika penduduknya menghidap pelbagai jenis penyakit.
.
Ingat nak jadi doktor tu mudah ke ?
.
Selain berpelajaran tinggi, mereka harus bekerja tidak tentu masa sehingga ada kalanya jarang dapat bersosial kerana tuntutan tugas.
.
Dengan gaji tidak seberapa tetapi dibebani dengan tugas yang semakin berat, tentunya keadaan itu memberi persepsi kurang menyenangkan kepada doktor-doktor muda.
.
Jadi, pihak kerajaan sepatutnya memberi gaji ataupun membayar elaun yang sepadan dengan tugas yang perlu di tanggung oleh seorang doktor.
.
Kenapa ?
.
Tanpa tindakan yang sewajarnya, kita akan dapat lihat penghijrahan beramai-ramai doktor ke klinik-klinik atau hospital swasta tanpa boleh berbuat apa-apa.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *