
Isu penghijrahan doktor terutama doktor pakar agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini.
.
Setiap dua hari terdapat sekurang-kurangnya seorang doktor pakar di hospital kerajaan menamatkan khidmatnya untuk menyertai sektor swasta.
.
Jadi siapa akan menggantikan doktor-doktor pakar di hospital kerajaan yang telah berhijrah ini?
.
Majoriti yang memilih kerjaya untuk berkhidmat di sektor kesihatan, baik doktor, jururawat, ahli farmasi atau pembantu perubatan, berbuat demikian kerana rasa tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat awam.
.
Melihat kepada perkembangan terbaharu, kemungkinan lebih ramai dalam kalangan doktor yang akan meninggalkan klinik dan hospital kerajaan kerana tertarik dengan tawaran gaji lumayan oleh pihak swasta adalah sangat besar.
.
Walaupun secara zahirnya perjawatan dalam sektor kesihatan dilihat sebagai penuh, namun yang lebih nyata adalah beban tugas yang semakin tinggi dan tidak sepadan dengan bilangan petugas yang ada.
.
Apabila perkara ini terus berlaku, yang menjadi mangsanya ada rakyat!
.
Mereka bukan sahaja tidak mampu mendapatkan rawatan pakar di hospital swasta yang kosnya jauh lebih mahal, di hospital kerajaan pula, perkhidmatan itu hanya diisi oleh doktor-doktor muda yang juga menunggu masa untuk berhijrah!
