DOKTOR KONTRAK BAKAL CARI KERJA DI LUAR NEGARA ?

PEGAWAI perubatan kontrak terpaksa mencari peluang kerjaya di luar negara selepas permohonan mereka untuk jawatan tetap dalam perkhidmatan awam ditolak.
.
Lebih 22,000 pegawai perubatan kontrak dalam perkhidmatan kerajaan lulus sejak 2016 tetapi tidak diserap secara automatik kepada jawatan tetap, seperti yang dibuat pada masa lalu.
.
Nak lakukan penghijrahan ni bukanlah perkara yang senang, ia perlukan kewangan yang kukuh dan kecekalan.
.
Ramai dikalangan doktor kontrak hendak berhenti dan berpindah ke negara lain, namun situasi kewangan mereka tidak mengizinkan.
.
Bagaimanapun, jika keadaan kewangan mereka sudah memuaskan, mereka akan tinggalkan negara ini!
.
Situasi penghijrahan ke negara luar dikhuatiri bakal memberi cabaran kepada kerajaan dalam aspek pengganti kepada doktor-doktor pakar sedia ada.
.
Doktor-doktor kontrak mungkin boleh mencari peluang pekerjaan dalam sektor swasta terlebih dahulu, sebelum terus membuat keputusan untuk berhijrah kerana tawaran dari negara luar akan sentiasa ada namun keadaan di sana juga terdapat persaingan dan kawalan.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *