DOKTOR KERJA BEREJAM NAMUN DINAFIKAN HAKNYA

Orang ingat gaji doktor mesti banyakkan ? Tapi ramai orang tidak tahu purata pegawai perubatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan memperoleh pendapatan antara RM6,000 dan RM8,000 sebulan, bergantung pada grednya dan bilangan “panggilan” yang dilakukannya.
.
Seorang pegawai perubatan kerajaan bekerja hampir 80 hingga 100 jam seminggu, bergantung pada bidang yang diceburinya (atas panggilan boleh dilakukan selama 33 jam, kadangkala tanpa masa untuk makan,mandi dan tidur).
.
Sekarang, bayangkan kita sedang melangkah ke zaman pegawai perubatan tidak mempunyai jawatan tetap, bergaji lebih rendah dan tidak ditawarkan biasiswa untuk mengikuti kepakaran mereka.
.
Malah yang lebih buruk terdapat beberapa bidang di mana mereka telah mengikuti peringkat sarjana atau PhD, tetapi tanpa sebarang tanda pengkhususan dalam sistem.
.
Inilah sistem yang yang terpaksa mereka hadap sekarang. Mereka bekerja sehingga ia menjejaskan kesihatan fizikal dan mental tetapi dilayan dengan sangat teruk.
.
Malah ada yang dinafikan kenaikan gaji/kenaikan gred asas mereka (semuanya berdasarkan masa) walaupun mereka layak untuk itu.
.
Ada yang disuruh gembira di mana mereka berada dan bersyukur dengan apa yang mereka ada.
.
Adakah adil perkara ini buat mereka ?

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *