MASIH WUJUD MASALAH BULI DIKALANGAN PERAWAT KESIHATAN

Terdapat beberapa faktor mengapa wujud tekanan bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan yang akhirnya dikaitkan dengan gejala buli.
.
Punca pertama budaya pegawai kanan atau senior membuli pegawai lebih junior adalah masalah sikap dan tingkah laku.
.
Kebanyakan pegawai perubatan melalui tempoh pengajian agak panjang berbanding bidang lain namun aspek moral dan memiliki tingkah laku menepati norma insan serta kemanusiaan tidak diberikan penilaian sama seperti kemampuan pengetahuan dan kompetensi perubatan.
.
Punca kedua pula melalui perspektif mereka yang berasakan dibuli, adalah berkaitan dengan kemahiran dan kompetensi dimiliki pekerja.
.
Kebiasaannya, mereka yang berpengetahuan dan kompeten tidak menghadapi masalah berdepan dengan pelbagai cabaran dan cabaran sukar dalam pekerjaan.
.
Namun mereka yang kurang pengetahuan, kurang mahir serta ‘lembab’ dalam bertugas, menyifatkan keadaan menjadi sukar sehingga menyebabkan banyak ‘backlog’ terhadap tugasan.
.
Akhirnya, mereka kemudian menganggap seolah-olah dibuli dengan tugas yang banyak sedangkan hakikatnya, mereka lemah dan gagal menyelesaikan kerja dipertanggungjawabkan.
.
Justeru, kedua-dua situasi di atas perlu ditangani dengan bijak bagi membolehkan jalan tengah terbaik dapat dipertimbangkan untuk memastikan perkhidmatan diberikan kepada masyarakat dapat diteruskan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *