
Sejak kebelakangan ini, selalu kita baca tentang perawat kesihatan dikatakan mahu mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
.
Ini berpunca dari rasa kecewa dan keletihan melampau yang dihadapi petugas berkenaan dan mahu suara mereka didengari. Jadi pihak kerajaan perlu perlu mengambil serius sentimen perawat kesihatan.
.
Dalam tempoh empat tahun ini, tiga kerajaan sudah berubah dengan setiap barisan Kabinet dan pentadbiran baharu menzahirkan harapan, namun tiada satu pun mampu menyelesaikan isu ini.
.
Perjawatan tetap doktor bagi kakitangan berstatus kontrak masih tidak cukup. Kemudahan kesihatan masih sesak dengan kekurangan tenaga kerja dan kebanyakan petugas dibebani dengan lambakan kerja selain bergaji rendah.
.
Walaupun tindakan mogok itu sekadar khabar angin setakat ini, KKM, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memandang serius sentimen berkenaan dan segera melakukan reformasi terhadap isu yang dibangkitkan.
.
Menteri Kesihatan dilihat komited mahu melakukan reformasi terhadap sistem penjagaan kesihatan negara, namun sokongan Kementerian Kewangan dan JPA amat pentinig bagi memastikan reformasi itu dapat dilaksanakan.
.
Ahli Parlimen tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang juga perlu menyatakan sokongan mereka terhadap usaha mereformasi sistem penjagaan kesihatan negara.
