TAMBAH KAKITANGAN SEBELUM MELANJUTKAN MASA OPERASI KLINIK KESIHATAN

Baru-baru ini, KKM sedang mengenal pasti klinik kesihatan di seluruh negara untuk diarahkan beroperasi secara lebih masa dalam usaha mengelak kesesakan hospital.
.
Namun, dalam melaksana penambahan masa operasi klinik kesihatan, isu yang perlu diberi penekanan di sini adalah kekurangan kakitangan dalam sektor kesihatan.
.
Bagaimana nak beroperasi lebih masa dengan kakitangan yang tidak mengcukupi ?
.
Tidakkah ini akan menambahkan lagi ‘burnout’ dikalangan perawat kesihatan ?
.
Jadi Kementerian Kesihatan (KKM) perlu menambah kakitangan di semua klinik kesihatan yang diarah beroperasi lebih masa, bagi mengurangkan beban petugas sedia ada.
.
Ramai doktor yang berhenti, jururawat berhijrah untuk bekerja di Arab Saudi, pegawai perubatan memilih berkhidmat di perubatan swasta, jadi (kekurangan) ini hanya menambah beban kakitangan sedia ada.
.
Kalau betul KKM mahu teruskan ini (menambah masa operasi), kakitangan klinik kesihatan perlu ditambah, selain kekalkan yang sedia ada.
.
KKM juga boleh cadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya tambah elaun atau beri insentif khas kepada kakitangan KKM supaya kakitangan rasa seronok untuk berkhidmat dan kebajikan terjaga.
.
KKM boleh mengadakan kerjasama dengan doktor di hospital atau klinik swasta, dalam mengurangkan masalah kesesakan di hospital kerajaan.
.
Mungkin kerajaan juga boleh memperuntukkan pemberian subsidi kepada pihak terbabit atau wujudkan tabung bantuan khas yang boleh dipohon rakyat supaya mempermudahkan mereka mendapat rawatan di hospital atau klinik swasta.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *