SISTEM KESIHATAN AKAN RUNTUH JIKA TIADA JALAN PENYELESAIAN

Permasalahan melibatkan kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu dipandang secara holistik dalam mencari penyelesaian supaya ia tidak meruntuhkan sistem kesihatan negara.
.
Memandangkan, kira-kira 80 peratus penduduk di negara ini mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertugas di perkhidmatan kerajaan, kerajaan perlu melihat bagaimana untuk menaikkan motivasi pegawai perubatan bekerja supaya kumpulan tersebut tidak berada di dalam tekanan sehingga membuatkan mereka mengambil keputusan berhenti.
.
Dalam satu tinjuan, kumpulan profesional dalam sektor kesihatan kerajaan di seluruh negara melaporka tahap kemarahan dan ketidakpuasan hati yang tinggi terhadap sistem penjagaan kesihatan awam.
.
Bagi meringankan tugas pegawai perubatan dalam merawat pesakit terutama di hospital kerajaan, KKM perlu lebih mewar-warkan pelbagai alternatif lain dan rakyat sendiri perlu cakna mengenai informasi disampaikan.
.
Terdapat rakyat yang mengalami kesakitan bukan kecemasan tetapi masih datang secara terus ke hospital sedangkan klinik kesihatan boleh beri rawatan diperlukan.
.
Banyak klinik-klinik kerajaan di kawasan Kuala Lumpur masih buka sampai 10 malam tetapi tidak ramai orang datang kerana rakyat fikir apabila sakit perlu terus ke hospital walhal klinik kerajaan ada yang buka.
.
Jadi siapa salah di sini? Rakyat atau sistem kesihatan? Jadi rakyat juga perlu mengambil tahu dengan lebih lagi dan kerajaan iaitu pemberi khidmat kesihatan harus giat mewar-warkan mengenai perkara ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *