
Anda rasa penting tak ?
.
Mungkin bagi sesetengah orang, dia tak rasa perlu pun semua tu. Kalau sakit pergi jeala hospital atau klinik kan ?
.
Tapi kemajuan teknologi ni sebenarnya sangat penting untuk industri kesihatan, ini kerana dengan adanya teknologi yang canggih,ia dapat membantu kakitangan perubatan untuk menyelamatkan pesakit dengan lebih cepat dan mudah.
.
Apa kaitannya ?
.
Ada masa-masa kritikal, hospital dan klinik akan mengalami kekurangan kakitangan, betul tak ? Ada doktor yang terpaksa bercuti sebab hal kecemasan, jururawat cuti bersalin dan staf bertukar tempat kerja.
.
Jadi bagaimana pesakit nak dapatkan rawatan yang sepatutnya kalau kakitangan sesebuah penjagaan kesihatan tidak mencukupi ?
.
Jadi itulah pentingnya kemajuan teknologi kerana ia dapat menghubungkan kemudahan panjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik dengan kakitangan locum.
.
Dengan adanya LocumNet pro, ia dapat membantu memastikan kemudahan penjagaan sentiasa mencukupi dan mengurangkan ‘burnout’ kakitangan yang terpaksa menggalas tugas yang ditinggalkan.
.
Kini LocumNet Pro telah menyediakan pekerjaan locum di seluruh Malaysia bagi memudahkan kakitangan perubatan dan memastikan pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya.
