
Zaman sekarang ni ada diploma ke, ijazah ke, sarjana atau doktor falsafah pun belum tentu lagi mampu nak masuk sektor kerajaan.
.
Kalau kita lihat dalam laman web SPA, kerajaan sedang membekukan pengambilan pekerja dan mengoptimumkan bilangan pekerja. Maksudnya kalau ada kekosongan barulah akan ambil pekerja baru.
.
Bila nak ada kekosongan ? Sampai bila nak menganggur ? Susah hati kan 🥹
.
Duduk rumah cari kerja, pergi interview merata-rata tapi masih tak dapat apa-apa harapan. Nak putus harapan tu tak payah cakap lah memang rasa setiap saat setiap hari sampai nak makan pun tak lalu memikirkan bil-bil rumah, komitmen dan keluarga kat kampung.
.
Apakata sementara nak tunggu tawaran kerja tetap pilihan hati tu,korang cuba buat part time locum dahulu.
.
Atau anda tak yakin kerja locum boleh jamin kos sara hidup anda dengan komitmen berlambak tu ?
.
Tanggapan anda mungkin salah. Sebab apa ?
.
Ramai je petugas kesihatan yang ada kerja tetap tu pun buat part time locum sebab nak tambah pendapatan. Ada yang berpendapat, gaji dari locum berlipat kali ganda dari gaji tetap yang diorang dapat setiap bulan.
.
Dah tu, tak kan anda nak menganggur lagi semata-mata nak tunggu kerja tetap yang tak tahu bila anda boleh dapat. Belum cuba belum tahu kan 😀
