
Pernah tak anda terfikir nak berhenti kerja dan nak balik kampung duduk dekat dengan family ?
.
Seronokkan kalau hari-hari dapat tengok muka mak ayah, time hujung minggu pula dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik.
.
Agak-agak dah berapa tahun korang merantau ?
.
Masa belajar dalam bidang perubatan dulu pun dah 4,5 tahun, belum campur lagi waktu korang dah kerja ni. Lama betul merantau kat negeri orang.
Orang kata merantau tu seronok dapat kenal negeri dan budaya orang tapi bila dah lama-lama pun naik bosan juga kan. Duduk di bandar besar ni hari-hari nak kena hadap ‘jammed’. Kalau kerja masuk pukul 8 pagi, pukul 6 tu dah nak kena kluar rumah. Keluar gelap,balik pun gelap.
.
Kalau duduk kat kampung, tak ada la nak kena hadap situasi ni hari-hari, rasa tenang je. Sebab tu la rasa macam nak berhenti je kerja, tapi komitmen pula banyak 😞
.
Anda risau bila dah berhenti kerja tak dapat nak bayar semua komitmen yang ada tu ? Tapi gaji yang korang dapat sekarang tu cukup ke ?
.
Anda patut lebih risau bila gaji tetap tu tak cukup! Apa yang anda kena buat ialah cari kerja yang boleh menambah pendapatan, Salah satu nya ialah dengan membuat locum.
.
Kerja locum ni, kat mana-mana pun ada, pendapatan yang anda dapat pun berbaloi. Lagi banyak anda buat, lagi banyak la dapat. Jadi apa yang dirisaukan ?
.
Duduk dekat dengan family pun masih boleh buat duit kalau anda rajin 😅
