INGIN TUKAR KERJAYA ?

Apa yang dapat dilihat, masyarakat kita sekarang semakin cakna tentang kesesuaian kerjaya dan kelayakan akademik dengan gaji yang ditawarkan.
.
Kalau kita baca dekat media sosial, ramai yang mengadu bahawa gaji yang dibayar tidak setimpal dengan beban kerja dan pengalaman yang mereka ada, terutamanya dalam bidang perubatan.
.
Para doktor kadang-kadang terpaksa bekerja sampai 13 jam sehari sampai waktu makan dan solat pun terkejar-kejar. Situasi ini semakin hari semakin membebankan, sampai ada yang nak tukar kerjaya dan nak berhenti kerja!
.
Adakah anda pun pernah berada dalam situasi tersebut ?
.
Dah penat dengan bidang yang anda kerja sekarang, rasa nak tukar kerjaya dalam bidang lain la, tapi macam mana kalau tak sesuai ? Jangan main-main ye, ini melibatkan masa depan dan kewangan anda.
.
Sebelum anda meneruskan niat anda untuk menukar kerjaya, anda perlu ada perancangan yang rapi.
.
Contohnya, pastikan anda sudah ada pengalaman dalam kerjaya baru yang anda ingin ceburi itu barulah anda berpeluang untuk maju dalam kerjaya yang baru itu dan meningkatkan taraf kehidupan anda.
.
Macam mana nak dapat pengalaman tu ? Buat la kerja locum. Dari situ anda boleh menilai, adakah sesuai dengan kerjaya tersebut ataupun teruskan kerjaya dalam bidang yang lama.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *