
Kalau kita lihat, siapa jer yang tak bergelut mencari rezeki demi memenuhi tuntutan hidup pada zaman sekarang ni?
.
Tak kira yang bujang, sudah berkahwin, tak kira sama ada sudah mempunyai anak atau tidak, semua tengah struggle dengan ekonomi sekarang.
.
Dek kerana terlampau sibuk bekerja, kita lupa yang anak-anak kita perlukan perhatian dan kasih dari kita.
.
Lebih-lebih lagi kita yang kerja dalam bidang perubatan ni, kebanyakannya bekerja mengikut shift, ada masanya kena ot lagi.
.
Tapi apa anak kita akan rasa bila mak ayah terlampau sibuk dengan kerja ? Dan apa kesan pada anak kita ?
.
Anak yang kurang perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa ni akan membesar menajdi seorang yang sangat sensitif dan beremosi.
.
Dan yang lebih teruk lagi kalau sampai anak kita rasa yang mak ayan mereka lagi pentingkan kerja dari mereka 😣
.
Tapi ada pilihan ke dalam kehidupan ni untuk tidak menjadi sibuk setelah bergelar ibu bapa?
.
Siapa cakap tak ada. Semua pilhan ditangan kita. Sebab itulah kita perlu menjadi bijak dalam membuat pilihan, tambah-tambah apabila melibatkan soal anak dan pembesaran mereka.
.
Sebab itulah kerja locum menjadi pilihan kebanyakan perawat kesihatan masa kini. Bagi mereka, keseimbangan kehidpan itu sangat lah penting. Walaupun sibuk bekerja, tapi masih ada masa untuk diluangkan bersama anak-anak supaya anak tidak terabai.
