
Pernah tak anda terfikir untuk bersara awal ?
.
Selepas dah penat bekerja makan gaji bertahun-tahun lamanya, ramai je diantara kita yang terfikir untuk berhenti dan bersara awal.
.
Tambah plak umur pun dah nak masuk 40-an dan simpanan pun ada la sikit-sikit.
.
Tapi orang kata, kalau nak bersara tu kena fikir masak-masak. Adakah simpanan yang ada sekarang itu cukup untuk menampung perbelanjaan selepas bersara nanti ?
.
Lebih-lebih lagi yang duduk di bandar besar, banyak nak pakai duit kan? Ini belum lagi cerita bila dah bersara nanti, rumah belum habis bayar lagi, kereta pun masih tinggal beberapa tahun lagi 😅
.
Untuk 5 ke 10 tahun akan datang, rm1500 itu rasanya tak cukup untuk perbelanjaan sebulan, kecuali la anda bebas daripada hutang atau mempunyai sumber pendapatan lain.
.
Sebenarnya tak susah pun nak cari sumber pendapatan selepas anda bersara tu. Kalau kata la simpanan anda nanti tak cukup nak menampung perbelanjaan harian, anda boleh je bekerja part time dengan membuat locum.
.
Ramai je yang berpendapat dan berpengalaman dalam membuat kerja locum ni mengakui hasil yang mereka dapat dari kerja locum ni berlipat kali ganda dari gaji yang mereka dapat sekarang.
.
Setakat nak buat tambah-tambah duit simpanan yang ada sekarang ni, lebih daripada boleh. Bila anda rasa dah bosan dan tak tahu nak buat apa, boleh la ambil job locum. Jadi tak ada salahnya pun kalau anda terfikir untuk nak bersara awal 😃
