
Masa baru-baru masuk kerja dulu rasa excited sangat dan rasa nak belajar semua perkara baru kan ?
.
Punya la semangat, sampai semua perkara tu nak belajar dalam sehari je sampai rasa tak menang tangan 🤣
.
Yeala kan, baru masuk kerja mesti la nak belajar semua perkara, nanti senang la nak buat kerja. Masa ni juga lah kita minta senior-senior beri tunjuk ajar, dan adakala kena marah bila salah buat kerja. Tapi tu normal la kan.
.
Tapi perasan tak, bila dah masuk tahun ke 2, ke 3, bila anda dah boleh buat semua kerja tu,masa tu anda dah tak perlukan tunjuk ajar dan pengawasan lagi daripada mereka kerana anda rasa diri anda dah sangat mahir. Hari-hari buat benda sama, mana tak mahir kan ?
.
Sampai la saat ni, anda dah rasa bosan dengan semua kerja tu sebab hari-hari anda akan mengadap perkara yang sama. Rasa excited masa baru-baru masuk kerja dulu semua dah tak ada.
.
Bila dah terlampau selesa buat perkara yang sama, lama-lama kualiti kerja anda akan menurun sebab tiada lagi rasa nak belajar dan rasa ingin tahu. Betul tak ?
.
Sebab itu la, adakalanya anda perlukan cabaran untuk meningkatkan semula produktiviti kerja anda. Salah satunya ialah dengan membuat locum.
.
Mungkin anda boleh pilih kerja locum yang berbeza dengan bidang yang anda kerja sekarang. Dari situ, akan timbul semula perasaan masa anda mula-mula bekerja dahulu, secara tak langsung anda juga boleh menambah pengalaman baru.
