
Setiap yang bergelar doktor mesti tak lari dari bercita-cita untuk ada klinik sendiri kan ?
.
Kebanyakan doktor yang bertekad berhenti kerja kerajaan dan membuka klinik sendiri adalah disebabkan kurangnya masa untuk keluarga dan diri sendiri. Bagi mereka bila dah ada klinik sendiri, mereka akan jadi bos dan akan ada banyak masa untuk diluangkan bersama orang-orang tersayang.
.
Yes, itu memang tepat sekali.Tapi adakah keputusan anda nak berhenti kerja tu tepat ?
.
Anda fikir, buka klinik tu senang ? Sebenarnya ia tak semudah yang anda fikirkan.
.
Pertamanya kos membuka klinik sangatlah tinggi, dan anda perlukan modal yang sangat besar. Kedua, adakah klinik yang anda usahakan akan ada ramai pelanggan ?
.
Bila dah tak ada pelanggan, macam mana anda nak menampung kos-kos seperti ubatan, sewa kedai dan hutang bank ?
.
Anda rasa masa tu anda ada banyak masa ke untuk keluarga ? Sedangkan anda terpaksa buka klinik dari pagi sampai malam untuk mendapatkan pelanggan bagi menampung semua perbelanjaan !
.
Semua itu anda kena fikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membuka klinik sendiri. Jangan sampai “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
Jadi macam mana ? Apa yang anda perlu lakukan ?
.
Jalan terbaik yang anda boleh ambil ialah, cuba buat locum dahulu. Dari situ, anda akan lebih nampak situasi perjalan sesebuah klinik, jadi anda dah boleh tahu apa yang anda perlu buat dan adakah keputusan yang anda akan buat itu tepat.
.
Kalau anda merancang untuk buka klinik dalam masa 2,3 tahun akan datang, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mencari pengalaman dengan locum.
