
Anda nak buka klinik tapi tak tahu mana kawasan yang sesuai ?
.
Ingat nak buka klinik je susah, rupanya nak cari kawasan yang strategik lagi lah susah. Kalau tersalah pilih kawasan, pesakit tak ramai yang datang, dah kalau tak ada pesakit, pendapatan pun kurang lah kan.
.
Bila pendapatan kurang, macam mana nak menampung segala perbelanjaan nanti. Tak kan nak kena guna duit simpanan untuk bayar semua komitmen tu. Niat asal nak tambah pendapatan, tapi lain pula yang jadi.
.
Teringin nak buka kat kawasan tumpuan orang ramai, tapi dah macam banyak sangat klinik kan ? Persaingan tentu tinggi 😞
.
Kalau nak buka dekat kawasan yang belum ada klinik, tapi tak tahu pula penduduk kawasan tu golongan yang macam mana. Sesuai ke tak dengan konsep klinik yang anda nak buka nanti ?
.
Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk tahu kawasan mana yang sesuai dengan klinik yang anda nak buka nanti ?
.
Tak payah pening-pening, caranya senang je. Sebelum anda bercadang membuka klinik di sesebuah kawasan, apakata anda buat dulu kerja locum di beberapa buah klinik di kawasan yang berlainan.
.
Dari situ lah anda akan tahu la macam mana market di kawasan tersebut dan apa konsep klinik yang sesuai dengan penduduk kawasan itu. Mudah kan ?
.
Jadi apa tunggu lagi, jom la buat kerja locum dengan menggunakan applikasi LocumNet Pro dan pilih je kawasan mana yang anda nak buat kerja locum 😁
