NAK JUMP DARI PART TIME KE FULL TIME

‘Sampai bila nak kerja dengan orang ?”
” KerJa makan gaji tak fleksible!”
.
Selalu je orang merendah-rendahkan orang yang kerja makan gaji ni kan. Tapi yang paling best nya kerja makan gaji ni, semua dah set, kita tinggal ikut je kan. Cukup time rehat, cukup time balik, walaupun ada waktunya rehat tak ikut waktu sebab banyak kerja nak kena buat 🤣
.
Kalau kita perform, dapatla bonus, ada kenaikan pangkat. Kalau tak perform gaji tak naik, itulah hakikatnya kalau kerja makan gaji ni.
.
Cukup bulan, dapat gaji. Check payslip sama ada cukup tak amaun gaji yang dibayar bersama OT dan elaun yang lain. Itu yang BEST kan ?
.
Tapi bila kita kerja sendiri ni,kita berdiri atas kaki kita sendiri 100%,kita lah bos, kita lah kuli. Senang cerita, tak kerja tak ada gaji.
.
Mindset kerja sendiri tak sama dengan kerja makan gaji.
.
Usaha = duit.
.
Contohnya kalau sekarang anda bermula dengan buat part time locum, selepas 2-3 tahun, jika income kerja locum tu sama atau lebih dari kerja hakiki anda, boleh la anda nak berhenti kerja.
.
Buat kerja locum ni, kalau anda rajin, anda akan dapat lebih. Berbeza dengan kerja makan gaji, kerja la rajin macam manapun, cukup bulan itu jeala gaji yang anda akan dapat.
.
Tapi jangan terus berhenti kerja sebab nak buat locum, anda kena ada pengalaman dulu dengan locum baru boleh buat keputusan sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri lagi best. Itu lah strategi kalau anda nak jump dari part time ke full time.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *