
Anda rasa kenapa orang nak kerja bawah kerajaan ?
.
Mesti anda akan jawab security kan ? Kalau tanya siapa-siapa pun, mesti nak kerja dengan kerajaan sebab job security.
.
Tapi kalau anda seorang doktor kontrak, ada job security ke ? hehe mesti anda dah ada jawapan tu kan.
.
Bila-bila masa je kontrak anda boleh ditamatkan, jadi sekarang ni, kerja kat mana-mana pun ada risiko untuk diberhentikan atau ditamatkan kontrak kerja walaupun dalam sektor kerajaan.
.
Anda masih rasa selesa dalam situasi sekarang ? Sedangkan berapa ramai petugas kesihatan yang telah ditamatkan kontrak tanpa sebab dan alasan yang kukuh.
.
Tak mustahil anda pun akan terima nasib yang sama macam mereka. Jadi tak kan nak tunggu habis kontrak baru nak buat planning ? Baru nak cari fikir cari kerja kat tempat lain ?
.
Bukanlah senang anda nak cuba bidang kerjaya lain setelah dah bertahun-tahun anda menghadap perkara yang sama.
.
Sebab tu lah pentingnya anda buat kerja locum dari sekarang. Dengan locum anda akan rasa suasana baru, macam mana nak handle situasi di tempat baru dan yang paling penting anda masih ada pendapatan walaupun anda ditamatkan kontrak nanti.
