
Dah bosan la dengan tempat kerja sekarang ni, asyik buat perkara sama je !
.
Teringin kan nak rasa suasana tempat kerja baru, boleh tambah kenalan dan belajar perkara baru. Nak pergi kerja pun seronok.
.
Sebenarnya kerja dalam bidang apa-apa pun tak lari dari rasa bosan tu kalau nak kena mengadap benda yang sama je hari-hari. Lama-lama ia akan membuat anda menjadi lesu sebab pemikiran dan kemahiran anda pun hanya di tahap yang sama je.
.
Anda rasa situasi ini baik tak untuk perkembangan kerjaya anda ?
.
Bila hanya tertumpu pada perkara yang sama, maka anda tidak boleh nak mengembangkan kemahiran yang anda ada, dan ia tidak membantu anda untuk menjadi seorang yang lebih baik.
.
Inilah salah satu sebab kenapa ramai perawat kesihatan telah beralih kepada kerja locum sama ada part time atau full time.
.
Dengan locum,anda boleh pergi ke tempat baharu dan belajar perkara baru. Disamping itu, anda juga boleh melihat sudut pandangan yang berbeza dan dalam masa yang sama boleh mengembang kemahiran yang anda ada.
.
Sekiranya anda hanya berada satu tempat untuk masa yang lama, terutamanya apabila anda bersendirian, anda tiada sesiapa untuk berbincang dan bertukar pendapat.
.
Berbeza di tempat baharu, jika sesuatu perkara yang anda takut lakukan sendirian kini anda boleh cuba kerana ada orang lain di sana yang boleh membantu anda.
.
Dalam bidang perubatan, satu perkara yang komited untuk perawat kesihatan ialah pembelajaran sepanjang hayat.
