Betul ke ramai pelajar sudah beralih arah memilih bidang yang lain berbanding perubatan kerana bimbang akan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. Bayar beratus ribu tetapi tiada kerja. Siapa yang hendak bayar hutang?
.
Ramai pelajar tajaan pun tidak dijamin pekerjaan, inikan pula graduan lepasan IPTS dan bukan tajaan macam anda ?
.
Dah la nak masuk ke bidang perubatan di universiti awam persaingannya sangat sengit walaupun mendapat keputusan yang cemerlang!. Jadi apa pilihan yang anda ada ?
.
Namun anda kena ingat, disebalik persepsi negatif itu, sedarkah anda bahawa masyarakat kini mementingkan aspek kesihatan.
.
Kita sendiri pun mengamalkan pelbagai makanan kesihatan tambahan dan membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun hanya untuk memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan yang baik apabila umur semakin meningkat.
.
Sebab itu, perniagaan yang paling menguntungkan abad ini adalah perniagaan berkaitan kesihatan. Semua orang tidak kira kaya atau miskin, jika sakit mesti berkunjung ke hospital atau klinik.
.
Jadi kenapa perlu berfikiran cetek, jika kerajaan mengehadkan pengambilan pelajar perubatan dan tidak menjamin jawatan mereka di hospital kerajaan, hospital dan klinik swasta kan ada?
.
Pusat perubatan bersepah-sepah dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di swasta, gaji lebih mahal, Jadi secara automatik masyuklah juga.
.
Jika anda menamatkan pengajian dengan jayanya dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari. Jadi kenapa perlu risau akan peluang pekerjaan?. Lainlah jika anda, tidak tahu langsung mempratikkan apa yang dipelajari.
.
Tak tahu mana nak cari kerja ? Jom downlod applikasi LocumNet pro, kat dalam tu beribu-ribu pekerjaan yang di khaskan untuk bidang bidang perubatan yang anda boleh dapat. Pilih je mana yang anda nak 😄
