
Lazimnya apabila seseorang perawat kesihatan membuat kerja locum akan menyebabkan dia melompat dari satu pusat kesihatan ke pusat kesihatan yang lain.
.
Di setiap kemudahan pusat kesihatan, anda akan belajar perkara yang baru dan berbeza kerana pada kebiasaanya, setiap pusat perubatan akan menyimpan rekod ataupun menggunakan sistem yang berbeza dalam mengendalikan pesakit.
.
Jadi sebagai pengamal locum, anda harus peka dengan setiap sistem yang diguna pakai dan mengetahui selok belok sistem tertentu.
.
Kalau anda bekerja di satu tempat sahaja, anda pasti hanya tertumpu pada satu sistem sahaja. Berbeza apa bila anda membuat kerja locum. Jadi apa kebaikan yang anda dapat dari kelebihan yang anda ada ini ?
.
Secara tidak langsung, ini meletakkan anda dalam kedudukan yang unik. Anda akan menerima latihan berbayar di setiap tempat kerja, yang secara keseluruhannya dapat dinikmati oleh ramai orang.
.
Ia juga membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang cara yang berbeza di mana kemudahan yang berbeza beroperasi.
.
Pengetahuan ini menjadikan anda seorang pekerja yang lebih baik dan memberi anda peluang yang lebih besar untuk menonjol di tempat kerja anda.
