SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.Tapi apa yang menghalang anda untuk bebas dari masalah kewangan ?
.
Sebab Pertama ialah tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.Ya betul, semua orang mengharapkannya, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan.
.
Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup anda.
.
Sebab Kedua iaitu menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat dan setiap penangguhan itu disertai dengan alasan seperti “saya tiada masa”, “saya tak tahu macam mana”, “saya tiada kemahiran” dan macam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, “Orang buat duit, kita buat alasan.
.
Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun kan ?
.
Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer..Tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. Kadang- kadang keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.
.
Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, “sediakan payung sebelum hujan”.
.
Sedarilah, memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *