-
JADUAL KERJA TAK FLEKSIBEL ?
Pernah tak anda rasa penjadualan tugasan boleh menjadi salah satu masalah terbesar dalam profesion kejururawatan ?.Kerja shift menyebabkan anda tidak cukup rehat dan tambah-tambah lagi bila terpaksa menggantikan rakan setugas yang terpaksa bercuti, ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keletihan kejururawatan dan kepuasan kerja yang lebih rendah..Tentu anda lebih seronok kalau dapat buat jadual kerja sendiri…
-
GAJI FAKTOR PENYUMBANG KEPUASAN KERJA
Banyak faktor sebenarnya yang menyumbang kepada mewujudkan kepuasan kerja..Walau bagaimanapun, gaji adalah penyumbang utama kepada kepuasan kerja keseluruhan . Tanpa pampasan yang mencukupi, anda tidak akan berpuas hati dengan pekerjaan anda. Anda setuju tak ?.Inilah salah satu kelebihan yang locum boleh berikan kepada anda. Biasanya pendapatan yang anda dapat dari membuat kerja locum lebih banyak…


