
Untuk mencapai kemerdekaan pada 1957, rakyat melalui keperitan dan pelbagai kesengsaraan dalam perjuangan menentang penjajah. Ada yang berjuang dengan mengangkat senjata, ada yang menggunakan ketajaman mata pena, ada yang mempertaruhkan harta benda manakala yang bijak pandai menyemai semangat kebangkitan rakyat melalui gerakan politik dan diplomasi.
Dengan semangat patriotik dan satu hati yang jitu, terlucutlah bendera Union Jack dan terkibarlah Jalur Gemilang keramat menjelang detik 12 tengah malam, 31 Ogos 1957.
Betapa pentingnya perjuangan dalam nak mencapai sesuatu kejayaan. Ianya bukan mudah, semua itu memerlukan pengorbanan.
Sama macam kita pada hari ini, untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi sekarang, kita perlukan perjuangan. Setiap hari kita impikan dan membayangkan tentang matlamat kita.
Semakin kita bergerak maju, semakin dekatlah kita dengan kejayaan. Bayangkan kejayaan yang dicapai seperti perjalanan, kadang-kadang ia menjadi agak mudah, kadang-kadang sangat sukar, boleh juga jadi pendek dan sangat panjang.
Mencapai kejayaan adalah satu pengalaman yang sangat indah kerana ia menambah kepada nilai diri anda dan menjadikan anda sangat disegani.
Mengetahui apa tujuan, matlamat yang kita ingin capai, ia merangsang kita untuk bertindak. Jika matlamat kita lebih mencabar, perasaan untuk berjaya akan lebih kuat.
Dengan ini, kita boleh mendapatkan motivasi dengan lebih baik untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan kita mendapat rangsangan tambahan untuk memperbaiki diri, mengembangkan lagi kerjaya dan belajar menghadapi halangan yang mencabar.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
