Sebagai Perawat Perubatan, Apa Yang Dah Anda Lakukan ?

Tidak lama lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke – 66. Sejak 65 tahun yang lalu, negara kita telah mengalami pelbagai perubahan termasuk landskap politik, ekonomi, pendidikan, kepadatan penduduk dan teknologi sehingga dikenali di mata dunia.
.
Mungkin masih ramai lagi yang menganggap kemerdekaan hanyalah sekadar kebebasan daripada cengkaman penjajah, namun skop sebenarnya lebih luas termasuk pada diri sendiri.
.
Cuba tanya pada diri anda, sebagai seorang perawat kesihatan, apakah perubahan yang telah anda lakukan dari semasa ke semasa? Kita tidak boleh terus rasa selesa dengan apa yang kita miliki pada masa ini.
.
Anda perlu memberikan fokus sepenuhnya dalam pekerjaan anda, secara tidak langsang anda tahu ke mana hendak pergi dan apa yang harus anda lakukan.
.
Sebaik sahaja anda tahu apa yang perlu dilakukan, anda tidak perlu dipantau. Anda tidak perlu diuruskan secara mikro. Anda boleh diharap untuk melakukan tugas anda dan menjadi seorang yang bertanggungjawab.
.
Menjadi lebih berdikari di tempat kerja juga bermakna menyediakan ruang untuk keperluan kesihatan mental anda. Ia membawa kepada kebebasan kepada diri sendiri.
.
Walaupun kadang kala ada masalah yang timbul di tempat kerja, namun sebagai seorang perawat kesihatan yang merdeka, anda sudah tahu bagaimana untuk mengatasi semua itu dengan berkesan.
.
Membuktikan kebolehpercayaan anda, mengambil kursus untuk meningkatkan set kemahiran anda, dan menunjukkan pengurusan masa yang baik apabila bekerja dari jauh adalah cara anda boleh bekerja secara bebas dan berkembang maju.
.
๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *