
Pertama sekali, anda perlu mulakan dengan penilaian kendiri untuk menentukan keperluan anda. Atau, gunakan alat untuk menilai kekuatan dan kelemahan anda.
Kedua, fahami dinamik anda dengan pasukan dan rakan sekerja. Sebaik-baiknya, anda haruslah mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pentadbir anda dan boleh menyampaikan keperluan, sempadan dan perkara yang anda perlukan untuk lebih gembira di tempat kerja tanpa perlu takut dilepaskan atau ditegur.
Jadilah seorang pekerja yang bebas di tempat kerja. Ianya sangat penting kerana boleh menjaga kesihatan mental anda, jadi tetapkan sempadan anda. Contohnya seperti, ‘Rehat makan tengah hari saya adalah rehat makan tengah hari dan hujung minggu saya adalah hujung minggu saya.’
Selain itu, fahami sebab bos atau pengurus anda bergantung kepada anda supaya anda boleh menyelesaikan tugas anda tanpa bimbingan berterusan.
Apabila anda mula bekerja dengan bos anda, anda perlu tahu yang prestasi anda akan dinilai. Bercakap dengan bos anda untuk memastikan anda mengetahui rancangan.Tanya bos anda, ‘Apa yang anda perlukan daripada saya?’
Pemimpin yang berjaya bukanlah pengurus mikro. Mereka mempercayai anda. Mereka tidak akan menghalang anda melakukan kerja anda sentiasa memberi sokongan untuk melihat hasil yang terbaik dari anda.
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 👩🏻⚕️
