
Keikhlasan dalam melakukan pekerjaan itu penting kerana asal sesuatu pekerjaan itu ialah niatnya dan hasil keikhlasan itulah yang membuahkan sesuatu yang bermakna untuk diri, rakan sekerja, organisasi dan masyarakat.
Sebagai perawat perubatan, keikhlasan itu perlu dipancarkan melalui komitmen yang berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kepentingan dan agenda organisasi hendaklah diletakkan keutamaan yang lebih tinggi daripada kepentingan dan agenda diri sendiri.
Khusyuk, tekun atau konsisten dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab adalah satu aspek yang perlu ada dalam membina peribadi dan jati diri selain meningkatkan prestasi.
Anda perlu mempunyai motivasi secara kendiri atau berpasukan untuk memajukan diri, pasukan dan organisasi. Dalam menjayakan visi, misi dan objektif, matlamat dan haluan haruslah jelas dan seiring.
Antara cara terbaik untuk memberi penilaian ialah menerusi komitmen, hasil kerja atau tindakan. Pandangan majoriti tidak semestinya mencerminkan pandangan yang betul dan boleh dipercayai. Kaedah yang selamat ialah semua memahami, menghayati serta menghormati nilai-nilai dan polisi organisasi.
Kesimpulannya, sikap negatif dalam membudayakan sesuatu kerja tidak seharusnya dibiarkan membarah. Kelak ia akan menjadi budaya yang parah dan sukar untuk disembuhkan serta menjadi ikutan atau normalisasi.
Justeru itu, sikap positif perlu menjadi budaya kerja agar terbentuknya keharmonian diri. Merdeka bukan semata-mata mengikut tanpa membantah, jika mahu mencelah pula perlulah ada hujah dengan cara yang hikmah.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
